Tuesday, May 5, 2009

coretan awal...

nak tulis pe ek...aku baru je berjaya menyiapkan blog aku yang x seberapa ne...t, nak kene upgrade lagi ne...al-maklum la...skang kan zaman siber...suma gune tenet...member2 aku y len suma da ada blog walaupon ntah pape yang dorang tulih kat lam 2....

oleh kerana itu, aku rase terpanggil ntok melibatkan diri dalam aktiviti blog-memblog ne...
harap2 kte suma leh dapat kebaikan dari aktiviti yang korang ngan aku wat ne...

hemmmm.....
skang da kol 6 petang...otak aku da kering ne...xtau nak tulih pe kat cne...
tgu malam ske la....
baru idea datang mencurah2 ke ladang gamdum....


aku nak kua p men bola dlu r.....
nak rembat kaki mat kelantan y tackle aku semalam...
hampeh jagung tol la...

Monday, May 4, 2009

HAKIKAT SEKEPING HATI



Ketika malam datang menjelma, siang pasti akan berlalu pergi. Aku masih tetap berada diufuk yang sama..diri yang sama..tempat yang sama…HATI yang sama..
Ya Rabb,

Adakah diriku layak menembusi benteng perjuangan yang begitu ampuh dihadapanku kini. Semakin aku ingin mendekatiMU semakin saja halangan dan tembok keberdosaanku meninggi dan terkadang aku lemas sendiri berperang dengan perasaanku. Ujian pertama yang kutempuhi mungkin lulus dengan jayanya walaupun ada cacat cela nya….mungkin ini ujian ke dua dalam proses penapisan pilihan Mu Ya Allah..

YA ALLAH! Setiap kali aku merintih kehadapanMU setiap kali itu juga aku tewas dengan mainan duniawi ciptaanku. Bagaimana! Bagaimana cara untuk aku merasai nikmat IKHLAS dan REDHA dengan apa yang KAU tentukan buatku…

Hatiku kotor! Penuh dengan noda hitam, tidak layak bertemu denganMU. Berlakon suci pada umat manusia, tapi kotor di hadapan sang pencipta dunia. Berlakon mulia di atas muka dunia tapi hina di sisi al-MALIK.

YA RAHIM,

Bebanan ini sudah tidak mampu ku pikul sendiri. Setiap kali aku bermonolog pada diriku sendiri setiap kali itu aku menemui kesulitan dalam hidupku. Perjuangan dibentangkan dihadapanku, segala kemanisan dilagukan dengan diiringi dalil-dalil utuh! Tapi tetap juga aku memilih dunia yang begitu manis pada pandangan dangkalku.
Benarlah seperti kata pujangga syurga dipagari dengan kesengsaraan dan kemelaratan dan neraka dihiasi dengan kekayaan, kebahagiaan dan macam2 nikmat lagi.. Tapi mengapa umat sejagat termasuk diriku begitu ramai memilih neraka? Ah! Apakah bekalan yang aku ingin persembahkan kepada SANG PENCIPTA apabila berada dipengadilannya? Adakah aku juga akan mejadi sebahagian dari manusia yang akan merayu.. “wahai Tuhanku berikan aku kesempatan walau sesaat untuk hidup di atas muka bumi semula, agar aku dapat beribadah dan melakukan amal kebaikan. Sambil meraung, marayu dan menagis air mata darah.”

Adakah ketika itu Allah akan mendengar pendosa sepertiku? Setiap hari ALLAH memberi kesempatan kepadaku untuk bertaubat, namun aku tetap meremehkan peluang itu. Aku lebih menghargai peluang duniawi yang kuanggap datang hanya sekali dalam hidup. Tanpa kusedari hari-hariku terbuang dengan peluang yang terbentang selaus lautan yang diberi olehNYA. Peluang mengaku salah, peluang menjadi hamba yang sedar diri, hamba yang melakukan kema’rufan dan mencegah kemungkaran dan hamba yang setiap nafasnya dIgunakan untuk ISLAM…

adakah aku akan lulus dengan ujian ini???? ya Allah Pilihlah aku untuk berada di jalan ini..janganlah Kau palingkan hati ini setelah kau memberikan hidayah dan taufiq Mu ya Allah…mahalnya hidayah yang Kau berikan…walaupun dibayar dengan seisi dunia masih tidak dapat….tak dapat apa???? sudahlah duhai hati…bangunlah dari tidor mu…tabahkan hati mu duhai hati…

JALAN YANG KU PILIH

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita


Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se’gah’ bahtera ‘Titanic
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa
Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji

Kerana telah kupilih jalanMu.

kalam hikmah

Apabila dirimu dibelenggu masalah, sdgkan tiada sesiapa pun mahu mengambil kisah..ingatlah pd DIA yg xpernah jemu mndengar rintihan jiwamu…Apabila hatimu terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jgnlah engkau brputus asa krn DIA sdg memperhatikn dirimu…Apabila jalan di hdapanmu digelapi mendung, sdgkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus yg dinaungiNYA…Apabila parut lukamu dicederakn lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa DIA setia brsama orang2 yg bersabar…